Followers

Eaziflex


Maklumat Penuh Eaziflex

Kesakitan pada bahagian otot dan sendi merupakan tanda-tanda umum penyakit Artritis. Kesakitan otot dan sendi yang berlarutan amat ditakuti kerana ia boleh melemahkan kadar pergerakan seseorang. Aktiviti seharian seperti bangun dari tidur menjadi kesukaran akibat kesakitan yang teramat.

Artritis didefinisikan sebagai keadaan keradangan bahagian sendi yang berpunca daripada kerosakan pada bahagian rawan tulang artikul di penghujung kedua-dua sendi. Keadaan ini biasanya dikenal pasti dengan tanda-tanda seperti bengkak, kerepuhan, kemerahan dan kesakitan di bahagian sendi.

Penyakit yang melumpuhkan anda secara senyap

Penyakit Artritis ialah penyakit kronik yang menduduki tempat kedua selepas penyakit jantung. Ia sering berlaku di kalangan orang tua tetapi penyakit Artritis ini juga boleh menyerang golongan muda. Jangkaan data statistik menunjukan bahawa 60% penduduk dunia akan mengalami penyakit Artritis pada peringkat umur 60. Peluang wanita menghidapi penyakit ini adalah 3 kali ganda lebih dari lelaki.

Terdapat 3 jenis Artritis utama iaitu Osteoartritis, Artritis Traumatik dan Artritis Rheumatoid. Dari 3 jenis utama ini, terdapat lebih daripada 200 jenis golongan penyakit Artritis antaranya, Reumatisme, Osteoporosi, Artritis Psoriatik, Gout, Systemic Lupus Erythematosus, Artritis Reumatoid Juvenil dan Artritis Reumatoid. Artritis ialah sejenis penyakit progresif, jika tidak diberi rawatan awal ia akan membawa kepada kelumpuhan seumur hidup.

Adakah kesakitan mampu dihilangkan?

Sains perubatan moden hanya mampu melegakan kesakitan otot dan sendi-sendi. Pesakit Artritis perlu menerima perhatian perubatan dan mengalami penderitaan kesakitan sepanjang hayat.

Rawatan perubatan kini hanya dapat melegakan kesakitan, meningkatkan keupayaan pergerakan, mengurangkan tanda-tanda keradangan dan kesakitan otot. Ubat-ubatan seperti Aspirin dan Nonsteroidal anti-inflammantory drugs (NSAIDS) digunakan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan. Malangnya ia membawa kesan sampingan yang serius seperti pendarahan gastrousus, ulser dan kesakitan abdomen.

Mujurlah, perubatan tradisional Ayurvedic terbukti berkesan merawat penyakit Artritis. Ayurveda ialah sistem pengurusan diri yang mengandungi teknik untuk menentukan dan meningkatkan keunikan imbangan resaman seseorang. Perubatan ini diamalkan sejak beribu-ribu tahun dahulu, rumusan tradisional ini dipercayai turun-temurun.

Kapsul Eaziflex - jenis rawatan Ayurveda yang berkesan

Sesetengah ramuan herba Ayurvedic seperti Salai Guggul dan Piper Longum dikenal pasti berupaya melegakan simptom keradangan dan kesakitan.

Eaziflex terbukti berkesan merawat penyakit Artritis Reumatoid, Osteoartritis, Artritis Reumatoid Juvenil, Spondilitis, Reumatisme Otot dan kesakitan pinggang.

Setiap kapsul Eaziflex mengandungi:

Salai guggul (200mg), sejenis resin yang diperolehi daripada pokok Boswellia Serrata, ia juga dikenali sebagai Dhup.
Pakar perubatan Ayurveda dan masyarakat tribal menggunakannya untuk mengubati penyakit reumatisme dan penyakit yang berkaitan dengan sistem saraf. Salai Guggul juga meningkatkan pengaliran darah ke bahagian otot dan memperbaiki kerosakan saluran-saluran darah. Kajian klinikal ke atas beberapa symptom keradangan yang kronik membuktikan keberkesanannya. Ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan seperti ulserogenik gastric, sistem saraf dan sistem kardiovaskular.

Piper Longum (50gm) di samping Salai Guggul ia memberi kesan tambahan untuk merawat penyakit Reumatisme, Gout dan Lumbago secara tradisional.
Cadangan Pengambilan: 2 biji kapsul Eaziflex diambil 2 kali sehari untuk mengawal dan mengurangkan tanda-tanda bengkak di bahagian sendi; atau seperti yang diarahkan oleh pakar perubatan anda.

Eaziflex


Ramuan herba Ayurvedic seperti Salai Guggul dan Piper Longum dikenal pasti berupaya melegakan simptom keradangan dan kesakitan. Arthrid terbukti berkesan merawat penyakit Artritis Reumatoid, Osteoartritis, Artritis Reumatoid Juvenil, Spondilitis, Reumatisme Otot dan kesakitan pinggang.

Khasiat Eaziflex
  • Merawat sakit sendi,penyakit yang berkaitan dan penyakit saraf
  • Salai Guggul juga meningkatkan pengaliran darah ke bahagian otot dan memperbaiki kerosakan saluran-saluran darah
  • Kajian klinikal ke atas beberapa symptom keradangan yang kronik membuktikan keberkesanannya.
  • Ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan seperti ulserogenik gastric, sistem saraf dan sistem kardiovaskular.

Memo Plus Gold






Otak adalah organ yang paling kompleks dalam tubuh manusia. Sungguhpun penyelidikan bertahun-tahun sudah dilakukan terhadap proses biologi yang tersembunyi di sebalik tindakan spesifik otak, ia masih menjadi misteri dan mencabar akal manusia.

Di samping mengawal dan menyelaraskan proses penting kehidupan, otak mengatur operasi tahap tinggi seperti daya ingatan dan kognisi (pengetahuan), fungsian yang membolehkan kita berfikir, membuat kesimpulan serta bertindak.

Bagaimanapun, keupayaan mental ini (berfikir, membuat kesimpulan serta bertindak dsbnya..) semakin berkurangan dengan ketara seiringan dengan peningkatan usia dan faktor seperti tekanan perasaan boleh mempercepatkan kesan-kesan ini pada peringkat usia lebih muda. Sampai suatu tahap, kesan-kesan itu akan semakin teruk sehingga. seseorang yang masih berkeadaan kesihatan fizikal yang baik tidak dapat melakukan tugas harian yang mudah-mudah sekalipun.

Herba untuk Ingatan
Brahmi atau Bacopa monniera dalam bahasa Latin, ialah sejenis tumbuhan menjalar yang ditemui di sepanjang pinggir batas dan kolam di serata India. Herba Brahmi ini digunakan selama lebih 3000 tahun di India sebagai ubat tradisional untuk mempertingkatkan daya ingatan dan pembelajaran dalam sistem perubatan Ayurvedik India.

Seawal 800 S.M., sebuah kitab purba India, Athar Ved Samhita menyanjung nilai Brahmi dalam membantu penghafazan gita puja vedik oleh para cendekiawan. Semenjak abad kelima hingga abad kedua belas, herba perangsang daya ingatan itu digunakan oleh para cendekiawan Buddha di Universiti Nalanda, universiti antarabangsa pertama dunia dengan lebih 10,000 orang penuntut setahun.

Penyelidikan terhadap Bacopa monniera yang digunakan dalam MEMO PLUS GOLD dan penemuan pati terpiawai di CDRI

Pada tahun 1951, Institut Penyelidikan Dadah Pusat (Central Drug Research Institure - CDRI) yang kini beroperasi di Lucknow, India; telah dirasmikan oleh Pandit Jawaharal Nehru, Perdana Menteri ketika itu, menggalakkan makmal ulung ini untuk menyelidik khazanah mewah herba dan teks Ayurvedik purba India mengenai herba demi membangunkan ubat-ubatan moden dan efektif. Menjelang 1963, para ahli sains di CDRI mendapati bahawa aktiviti Brahmi berpunca daripada molekul (bahan aktif), Bakosida A & B, yang didapati mempunyai khasiat mempertingkatkan daya ingatan.

Dari tahun 1986 hingga 1996, para saintis di CDRI berkongsi penemuan Bakosida A & B bersama komuniti antarabangsa di Persidangan Penyelidikan Otak secara Saintifik Antarabangsa yang diadakan di pelbagai negara di serata dunia. Selepas ujian dan kajian klinikal bertahun-tahun, penyelidik di CDRI akhirnya berjaya menghasilkan pati terpiawai Brahmi pada tahun 1995. Sediaan ini mengandungi kepekatan optimum Bakosida A & B dan ia digunakan sebagai ubat Ayurveda yang mempertingkatkan daya ingatan.

Cara MEMO PLUS GOLD Berfungsi

Penyelidikan di CDRI menunjukkan bahawa pati Brahmi meremajakan kembali dan mencergaskan semula sel-sel otak yang rosak atau lemah, terutamanya di dalam pusat otak yang dikenali sebagai hipokampus yang terlibat dengan daya ingatan dan pembelajaran. Ia memudahkan pemerolehan, penggabungan, dan pengekalan memori serta daya ingatan terhadap tugas yang telah dipelajari. Hipokampus ialah bahagian otak yang terletak betul-betul di atas telinga dan di bahagian itulah otak terhubung dengan pembentukan daya ingatan.

Pengambilan tetap kuantiti optimum Bakosida A & B, bahan aktif dalam MEMO PLUS GOLD juga meningkatkan ingatan jangka pendek dan panjang dengan menambah aktiviti kinase protein dan sintesis protein baru khususnya dalam sel otak yang terhubung dengan daya ingatan di bahagian hipokampus. Menerusi mekanisme tersebutlah Brahmi mempertingkatkan keberkesanan transmisi impuls saraf dan merangsang aktiviti neural (yang berkaitan dengan saraf). Ia boleh memberi manfaat dalam melawan tekanan, mempertingkatkan refleks dan menambah kapasiti mental.

Brahmi tidak patut dikelirukan dengan Gotu Kola (Centelle asiatica), yang kurang molekul bakosidanya. Herba serupa yakni Gingko Biloba lazim digunakan untuk memperbaiki fungsi otak dan daya ingatan dengan merangsang peredaran, tetapi herba ini juga kurang kandungan bakosidanya.

Dr Robert Furchgott dan ekstrak Bakosida A & B

Dr Robert Furchgott, seorang ahli farmakologi tersohor New York yang berkongsi hadiah Nobel 1998 dalam perubatan fisiologi atas penemuan bahawa Nitrik oksida ialah molekul pemberi isyarat dalam sistem kardiovaskular, menjalankan ujian terhadap ekstrak Brahmi dan beliau mendapati bahawa, sebatian ini nampaknya membebaskan nitrik oksida dan menyebabkan 75 % pengenduran dalam gegelung aorta (arteri utama bagi jantung). Nitrik oksida ialah vasodilator yakni agen yang menyebabkan pelebaran lumen (ruang di dalam urat darah).

Kajian terhadap nitrik oksida menyarankan bahawa oksida ini mengawal rangkaian fungsi badan yang pada lahirnya nampak tidak terbatas, termasuklah peredaran darah & pengaturan aktiviti otak serta sebagai neurotransmiter. Kehadiran nitrik oksida dalam otak boleh membantu mencegah strok dan gangguan kognitif lain. Apabila MEMO PLUS GOLD diambil, ia mengeluarkan sedikit amaun kira-kira 200 mikrogram yang membantu mengurangkan kebimbangan lantas membenarkan fokus dan tumpuan serta membaiki peredaran darah.

Ujian Klinikal Terhadap Bakosida A & B

Banyak ujian klinikal telah dijalankan terhadap pati Brahmi atau Bacopa monniera berkaitan khasiatnya meluasnya dalam membantu daya ingatan serta fungsi kognitif lain seperti ADHD pada kanak-kanak dan AAMI dalam kes geriatrik (warga tua) di:-

  •     Institut Penyelidikan Dadah Pusat , Lucknow, India.
  •     Institut Penyelidikan Biokimia Wolfson, University College,London.
  •     Swinburne University of Technology, Victoria, Australia
  •     University of Wollongong, Wollongong, Australia.

Dalam kajian baru-baru ini tentang agen anti-amnesia (anti-hilang/pengurangan ingatan) di CDRI, saintis merumuskan bahawa pati Brahmi yang digunakan dalam MEMO PLUS GOLD adalah lebih berkuasa berbanding dengan agen lain yang tersenarai termasuklah Gingko biloba. Hasil penyelidikan dan ujian lain menunjukkan khasiat penting anti-bimbang, anti-murung dan anti- tekanan. Didapati mempunyai kesan adaptogenik (kemampuan meningkatkan kapasiti penyesuaian optimum badan/otak terhadap perubahan pada persekitaran) yang lebih kuat berbanding dengan Ginseng dan pati ini berkhasiat kuat sebagai antioksidan seperti Vitamin E.

Bagaimanakah dan mengapakah ekstrak Brahmi keluaran CDRI berbeza daripada ekstrak Brahmi yang lain?

Pada setiap kapsul MEMO PLUS GOLD, terdapat kandungan Bacosida A dan B terpiawai didalam kuantiti yang optima yang dihasilkan dari ekstrak tumbuhan Brahmi. Bacosida ini diekstrak melalui suatu proses unik, yang dibangunkan dan dipatenkan oleh Pusat Institut Penyelidikan Ubat (CDRI), sebuah institusi penyelidikan kesihatan utama kerajaan India.

Setiap kumpulan bacosida yang digunakan untuk penghasilan MEMO PLUS GOLD ini telah diuji dan disahkan mutunya oleh pihak CDRI. Hanya bacosida yang melepasi had minima piawaian kualiti CDRI sahaja diluluskan sebagai bahan untuk menghasilkan MEMO PLUS GOLD.

Pihak CDRI telah melesenkan Syarikat Lumen Marketing, Chennai, India (Lumen) hak eksklusif untuk memasarkan produk berasaskan bacosida yang diiktiraf institut tersebut ke seluruh dunia. Disesetengah negara termasuklah Malaysia, ia hanya boleh didapati dalam bentuk penjenamaan MEMO PLUS GOLD. Tiada jenama lain di dalam negara ini yang mengandungi atau mempunyai ekstrak Brahmi dari CDRI ini.

Namun kini, terdapat juga produk-produk lain dipasaran yang diperakukan kononnya mengandungi ekstrak bacosida dari tumbuhan Brahmi. Produk-produk tersebut telah didasarkan kepada hasil ujian klinikal terhadap manusia dalam penerbitan oleh Stough et. al. dan lain-lain (2001) di Universiti Teknologi Swinburne, Australia yang bertajuk "The chronic effects of an extract of Bacopa monniera (Brahmi) on cognitive function in healthy human subject" atau "Kesan kronik ekstrak Bacopa monniera (Brahmi) ke atas fungsi kognitif manusia yang sihat". Dan juga kajian Roodenrys et.al. dan lain-lain (2002) di Universiti Wollongong, Australia yang bertajuk "The chronic effects of Brahmi (Bacopa monniera) on human memory" atau "Kesan kronik Brahmi (Bacopa monniera) terhadap ingatan manusia" untuk membuktikan kekuatan produk mereka. Walau bagaimanapun, suatu fakta penting berkenaan kajian oleh Stough et.al. dan Roodenrys et.al. itu menunjukkan bahawa mereka secara kategorinya telah menggunakan ekstrak Brahmi yang tepat dari CDRI dan ianya bukanlah dari ekstrak Brahmi yang berpunca dari lain lain sumber.

Mengapakah Bacopa monniera ini merupakan satu-satunya kandungan bahan aktif di dalam MEMO PLUS GOLD?

Tidak ada langsung bukti saintifik bahawa campuran Bacopa monniera dengan herba perubatan bagi peningkatan keupayaan ingatan, dapat memberi kesan positif kepada tahap ingatan manusia. Sebuah penerbitan dari kajian oleh Nathan P.J. et.al dan lain-lain(2004) di Institut Sains Otak, Universiti Swinburne, Australia bertajuk "Kesan campuran ekstrak Ginkgo biloba dan Bacopa monniera terhadap fungsi kognitif pada manusia yang sihat" atau "Effects of a combined extract of Ginkgo biloba and Bacopa monniera on cognitive function in healthy humans" menunjukkan yang campuran ekstrak kedua-dua bahan tersebut tidak menpunyai kesan peningkatan ingatan pada manusia yang sihat. Sebaliknya, terdapat banyak penerbitan kajian manusia dan haiwan dari pelbagai instituti di serata dunia yang menunjukkan kesan positif herba Bacopa monniera terhadap fungsi kognitif tanpa adanya bahan-bahan lain.

Bacopa monniera vs Centella asiatica?

Dua pakar ayurvedik yang dikenali diperingkat antarabangsa, iaitu Profesor K.N. Udupa dan Profesor R.H. Singh telah menetapkan secara saintifik bahawa Centella asiatica (Indian Pennyworth atau Gotu Kola dalam B. Inggeris, Pegaga dalam B. Melayu dan Vallarai dalam B. Tamil) hanya mempunyai kadar satu per sepuluh kesan peningkatan kognitif berbanding yang dimiliki oleh Bacopa monniera.

Mengapakah MEMO PLUS GOLD semestinya diambil oleh para perokok?

Sesungguhnya terdapat bukti saintifik yang menunjukkan hubungan yang rapat diantara penghisapan rokok dengan kematian akibat penyakit berkaitan rokok seperti penyakit pulmonari, penyakit kardio dan cerebrovaskular, barah dan lain-lain dengan kadar peningkatan yang membimbangkan.

Peranan radikal bebas dalam patogenisis kebanyakan penyakit telah pun didokumenkan secara menyeluruh (Church dan Pryor, 1985). Radikal bebas ini di awasi dan dikawal secara semulajadi oleh suatu keseimbangan tubuh diantara kadar penghasilan dan kadar penghapusannya oleh sistem-sistem pertahanan badan (Halliwell, 1994). Apabila terdapat pertambahan radikal-radikal bebas yang berlebihan, sistem perlindungan tisu akan gagal lalu mengakibatkan kerosakan oksidatif terhadap tisu-tisu tersebut. Berdasarkan kepada bukti saintifik yang boleh diperolehi, dapatlah disimpulkan bahawa pendedahan kepada asap rokok akan meningkatkan tekanan oksidatif kepada tisu-tisu manusia.

Asap rokok merupakan campuran pelbagai aerosol yang terdiri dari lebih 4,000 bahan racun termasuklah radikal-radikal bebas tertumpu, oksigen reaktif dan spesis pelbagai nitrogen. (Stedman, 1968)

Otak manusia sangat mudah terdedah kepada bahaya tekanan oksidatif. Ini kerana ianya kaya dengan kandungan besi bukan heme. Terdapat juga laporan mengatakan tentang peningkatan pengoksidaan lipid di dalam organ-organ tertentu termasuklah bahagian otak apabila terdedah kepada asap rokok (Baskaran et.al. dan lain-lain. 1999; Chitra et.al. dan lain-lain. 2000; Delibas et.al. dan lain-lain. 2003).

Sebuah penerbitan kajian oleh Ambarasi K. et.al. dan lain-lain di Universiti Madras, India yang bertajuk "Kesan bacosida A terhadap keadaan antioksidan otak pada tikus-tikus yang terdedah kepada asap rokok" atau "Effect of bacosides A on brain antioxidant status in cigarette smoke exposed rats (2006)" menganjurkan pendapat bahawa bacosida A yang terdapat dalam bacopa monniera boleh menjadi bahan antioksidan berkesan untuk otak. Justeru ia mungkin memiliki ciri-ciri berguna sebagai suplemen antioksidan semulajadi yang berupaya untuk mencegah kerosakan otak akibat tekanan oksidatif.


Khasiat MEMO PLUS GOLD

  • Mempertingkatkan tahap pembelajaran dan daya ingatan, pemerolehan, pengukuhan dan pengekalan.
  • Menambah kecerdasan, kecergasan dan kesegaran sepanjang hari.
  • Mengurangkan kebimbangan dan tekanan.
  • Khasiat anti-penuaan dan tindakan antioksidan.
  • Kekurangan tumpuan (sangat berguna sewaktu menghadapi peperiksaan di sekolah).
  • Kes AAMI pada warga tua dan ADHD pada kanak-kanak.
  • Kelemahan kognitif berkaitan strok (demensia vaskular VaD).
  • Ketaknormalan otak dan merupakan makanan tambahan semula jadi untuk membantu mengurangkan jenis demensia lain seperti penyakit Alzheimer .
  • Ia berkhasiat lebih kuat dan mempunyai corak tindakan lebih baik berbanding dengan pati Withania somnifera (Ashwagandha), Gingko biloba, Ginseng dan Centelle asiatica (Gotu kola).

MEMO PLUS GOLD sesuai untuk semua peringkat usia, dan disarankan untuk pengguna dalam kategori yang menghadapi tekanan tinggi. Ia juga boleh diambil sebagai antioksidan dan makanan tambahan, untuk menenangkan minda dan tubuh bagi pengguna yang mengalami hipertensi (tekanan darah tinggi).

Dos: Bagi dewasa, satu kapsul dua kali sehari selepas makan dan bagi kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) satu kapsul sehari selepas sarapan. Pengguna disarankan supaya terus mengambil MEMO PLUS GOLD sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mendapatkan kesan yang ketara, selepas tempoh itu pengguna boleh mengambil satu kapsul sehari jika mahu.

Memo Plus Gold







Pengambilan tetap kuantiti optimum Bakosida A & B, bahan aktif dalam MEMO PLUS GOLD juga meningkatkan ingatan jangka pendek dan panjang dengan menambah aktiviti kinase protein dan sintesis protein baru khususnya dalam sel otak yang terhubung dengan daya ingatan di bahagian hipokampus.



Regular consumption of an optimum quantity of Bacosides A & B, the active ingredients in MEMO PLUS GOLD also improves short-term and long-term memory by increasing protein kinase activity and new protein synthesis specifically in brain cells connected with memory in the hippocampus area.
Khasiat Memo Plus Gol
  1.  Mempertingkatkan tahap pembelajaran dan daya ingatan, pemerolehan, pengukuhan dan pengekalan.
  2.  Menambah kecerdasan, kecergasan dan kesegaran sepanjang hari.
  3. Mengurangkan kebimbangan dan tekanan.
  4. Kajian klinikal ke atas beberapa symptom keradangan yang kronik membuktikan keberkesanannya.
  5. Membantu masalah kurang daya tumpuan (sangat berguna sewaktu menghadapi peperiksaan di sekolah).
  6. Ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan seperti ulserogenik gastric, sistem saraf dan sistem kardiovaskular.
  7. Membantu mengurangkan masalah otak tidak normal dan bertindak sebagai makanan-makanan tambahan semula jadi untuk membantu mengurangkan jenis demensia seperti penyakit Alzheimer
  8.  Ia berkhasiat lebih kuat dan mempunyai corak tindakan lebih baik berbanding dengan pati Withania somnifera (Ashwagandha), Gingko biloba, Ginseng dan Centelle asiatica (Gotu kola).